Kelantan ikat Selangor 1-1

SELANGOR kekal selesa di persada Liga Super selepas mencatat keputusan seri dengan pesaing terdekatnya, Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini.

Selangor mendahului 1-0 pada minit ke-60 menerusi jaringan Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-60.

Namun kedudukan itu tidak lama apabila Kelantan bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin lima kemudian.

Selangor memungut 54 mata manakala Kelantan lima mata di belakang untuk kekal di tangga kedua Liga Super

Selangor belasah Johor 6-0


IBARAT gergasi terluka, Selangor pantas melupakan igauan ngeri tewas kepada Terengganu Sabtu lalu dengan membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan tersebut cukup penting bagi memastikan Selangor kekal menghuni tangga teratas Liga Super dengan 15 mata selepas berakhirnya enam perlawanan.

Pemain Johor turun dengan memakai lilitan putih di lengan kiri manakala pegawai pasukan di bangku simpanan memakai songkok tanda berkabung selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Jumaat lalu.

Anak-anak buah K Devan pula turun penuh bersemangat sebagai menghargai kira-kira 5,000 penyokong mereka yang masih setia hadir ke stadium apabila selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Selangor hanya memerlukan lima minit untuk memperolehi gol pertama apabila Amirulhadi Zainal bijak melambung bola melepasi penjaga gol Johor, Amron Jaihan selepas menerima hantaran Nasriq Baharom.

Johor memiliki peluang menyamakan kedudu- kan pada minit ke-25 apabila kesilapan Razman Roslan dihukum Fahian Roslan tetapi percubaannya terkena tiang selepas melepasi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Pada minit ke-31, Selangor berjaya memper- oleh gol kedua selepas percubaan kemas Safee dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Amron. Sebelas minit kemudian Safee sekali lagi cemerlang dengan menjaringkan gol ketiga Selangor menerusi rembatan kaki kiri menarik dari luar kotak penalti selepas menerima loro- ngan Amirulhadi.

Pada separuh masa kedua, Selangor langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap Johor apabila menambah gol keempat pada minit ke-52 menerusi rembatan Razman dari dalam kotak penalti.

Amirulhadi menghadiahkan gol kelima Selangor dan gol kedua peribadinya pada minit ke-84 sebelum Safiq Rahim menjaringkan gol keenam selepas sepakan percumanya terus menerjah jaring empat minit kemudian.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Terengganu 2-1.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula menyaksikan ruan rumah, Kuala Lumpur diikat 1-1 oleh Pahang.

Di Stadium Perak, Ipoh turut menyaksikan Perak seri 0-0 dengan Kelantan manakala Pulau Pinang pula tumpas 0-3 kepada Kedah di Stadium Negeri Batu Kawan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula menyaksikan T-Team menewaskan Perlis 1-0.

-- Kosmo

Prestasi Halim Napi kurang meyakinkan

PELUANG kembali beraksi dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Johor FC malam kelmarin, bukan jaminan penjaga gawang veteran Kelantan, Halim Napi, akan kekal pada kedudukan itu.

Ini kerana, prestasinya ketika menyahut peluang yang diberikan itu, dilihat masih kurang memberangsangkan apabila gawangnya turut dibolosi lawan.

Mengakui keadaan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, berkata keringat Halim hanya akan ditagih mengikut strategi serta kesesuaian pasukan ketika menentang lawan tertentu.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa penjaga gol utama masih lagi Syed Adney Syed Husain (gambar) , manakala Halim setakat ini diletakkan sebagai penjaga gol ketiga.

"Kemasukan Halim bukan bermakna kami mengetepikan Syed Adney, cuma dia direhatkan bagi memulihkan semangatnya akibat kekalahan ketika menentang Kedah Selasa lalu.

"Malah, penjaga gol kedua juga akan digunakan khidmatnya nanti. Ketika ini, Kelantan mempunyai pemain yang mampu memenuhi keperluan posisi tertentu tanpa menjejaskan prestasi pasukan," katanya.

Awal musim ini, Halim dilantik sebagai pembantu jurulatih penjaga gol Kelantan, sebelum diberi peluang kembali beraksi dalam saingan ekoran aksi kurang meyakinkan Syed Adney.

Annuar berkata, khidmat pemain simpanan Kelantan juga akan digunakan sepanjang musim ini, bagi membolehkan mereka membuktikan mampu menyumbang kepada kejayaan kepada Red Warriors.

"Kalau tidak nanti, pemain simpanan akan terus menjadi simpanan sepanjang masa dan tidak dapat menunjukkan bakat mereka. Saya akan pastikan semua pemain mempunyai peluang, tanpa menjejaskan prestasi pasukan," katanya.

Jurulatih Kelantan, B Sathiananthan, juga tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Halim ketika aksi menentang Johor FC.

-- Berita Harian

Irfan tak jangka Terengganu akan belasah Selangor

KEKEBALAN benteng pertahanan Terengganu menjadi faktor utama, tuan rumah mampu meranapkan rekod bersih pendahulu Liga Super, Selangor dengan kemenangan besar 4-0 di Kuala Terengganu, kelmarin.

Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, benteng yang diterajui ketua pasukan, Marzuki Yusof, Helmi Remli, Ronny Harun dan Mohd Muhaimin Omar berjaya menyerap asakan lawan dengan baik sehingga penyerang skuad Merah Kuning sukar mencari ruang.

Selain itu, katanya, pemain-pemain lain turut bijak mengambil peluang khususnya jentera penggempur sehingga berjaya menekan lawan.

Pemain saya mempamerkan mutu persembahan hebat sehingga lawan terpaksa berputih mata.

Saya sedikit pun tidak menduga kami mampu menjaringkan empat gol kerana Selangor mempunyai ramai pemain berpengalaman.

Namun penyerang kami, Manaf Mamat bertindak bijak menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 untuk menaikkan semangat juang rakan sepasukan sebelum sepakan penalti Ashaari Shamsuddin menyebabkan lawan hilang punca dan barisan pertahanan mereka mula goyah," katanya.

Sementara itu, jurulatih Selangor, K Devan berkata penyerangnya yang diketuai Mohd Safee Sali, Mohd Amri Yahyah, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Hardi Jaafar gagal memikul tugas dengan berkesan dalam melakukan percubaan ke gawang tuan rumah.

Barisan pertahanan saya juga gagal beraksi cemerlang sehingga tuan rumah mudah membolosi dan menjaringkan gol, katanya.

-- Berita Harian

Nidzam puji semangat pemain Perlis

BIARPUN aksi penyudah penyerangnya masih `kurang tajam', namun aksi bersemangat ditunjukkan tetap mengundang rasa puas hati jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzha Yusof ketika mereka mengukir kejayaan menewaskan Pulau Pinang pada kempen Liga Super di Kangar semalam.

Memang diakui jentera serangan yang dipikul barisan muda ini masih kurang menyengat melakukan penyudahan tapi saya cukup puas hati dengan semangat dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan sehingga merealisasikan impian mencipta kemenangan, katanya.

Perlis menang 2-0 dalam perlawanan itu dengan gol pertama dihasilkan menerusi tandukan Wan Mohd Shukri Wan Ahmad pada minit ke-26 diikuti gol hasil sepakan penalti, Ahmad Fakri Saraani pada minit ke-77.

Kejayaan itu membolehkan Perlis naik setangga ke tempat ketiga di belakang Selangor yang tewas 4-0 kepada Terengganu, yang menghuni tangga kedua.

Selepas menyaksikan perlawanan tadi dan sebelumnya, kemungkinan faktor muda dan kurang pengalaman menyaksikan Mohd Azrul (Ahmad), Wan Mohd Shukri, Ahmad Fakri (gambar) dan Mohd Syazwan (Zainol), memberi kesan kepada penyudah mereka, katanya.

Begitupun, Nidzam memuji aksi bekas pemain skuad pelapis, Wan Mohd Shukri yang pertama kali diturunkan pada kempen Liga Super, kerana menunjukkan persembahan meyakinkan selain berjaya menyumbang gol pertama pasukan kelmarin.

Saya berharap dengan pendedahan pertama ini, Wan Mohd Shukri mampu meningkatkan persembahannya dan paling penting akan lebih bersemangat apabila diturunkan pada perlawanan selepas ini," katanya.

-- Berita Harian

Penjaring Terbanyak Liga Super 2010

Senarai Penjaring Gol Liga Super 2010

5 Gol

R Surendren (Selangor), Mohd Ashaari Shamsuddin (Terengganu).

4 Gol

Azlan Ismail (Kedah)

3 Gol

Mohd Safee Sali (Selangor), Mohd Shahrizan Salleh (Pahang), Mohd Failee Mohd Ghazali (Pulau Pinang) Manaf Mamat (Terengganu).

2 Gol

Mohd Firdaus Faudzi, Joseph Kallang Tie (Terengganu), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Mohd Firdaus Azizul (N.Sembilan), Mohd Azrul Ahmad (Perlis), Razali Umar Kandasamy (Perak), Mohd Riduwan M'aon (Johor FC), Mohd Haris Safwan (T-Team), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan).

* Senarai Penuh Penjaring Gol Liga Super 2010

Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2010

Senarai Penjaring Gol Liga Perdana 2010

6 Gol

Fatrurazi Rozi (Kedah), Mohamad Zamri Hassan (PKNS)

5 Gol

-

4 Gol

V Saravanan (ATM)

2 Gol

Rosli Azizan (MP Muar), Wan Hosnie Wan Hussain (PKNS), Zamri Morshidi (Sarawak), Mohamad Baser (USM FC), Mohd Hanifuddin (Pos Malaysia), Zulindra Shahputra Adam (Melaka), K Depan Sakwati (Melaka), Abdul Ghani Abdul Rahman (Felda United), Haziq Zikri Elias (Harimau Muda), Wan Zack Haikal (Harimau Muda)

*Senarai Penuh Penjaring Gol Liga Perdana 2010

Kelantan pulih reputasi 'tercalar', belasah Johor FC 4-1

BARISAN Red Warriors bangkit membuktikan pasukan itu perlu dihormati apabila bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada Kedah Selasa lalu dengan menewaskan Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi.

Kemenangan berkenaan membolehkan Kelantan kembali ke kelompok empat pasukan teratas selepas jatuh ke tangga ketujuh sebelum ini ekoran kekalahan di tempat sendiri, Selasa lalu.

Norshahrul Idlan Talaha membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-18 namun ia tidak kekal lama apabila Mohd Riduwan Moin menjaringkan gol penyamaan untuk pelawata mengikat kedudukan 1-1 sehingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan menjaringkan tiga gol melalui Azizi Mat Rose (m-46), Indra Putra Mahayuddin (m-50) dan Norfarhan Mohammad pada minit ke-72.

Kelantan berada di tangga keempat liga dengan lapan mata, empat mata ketinggalan kepada pasukan teratas, Selangor yang tewas kepada Terengganu 0-4 di Kuala Terengganu.

Powered by Blogger