Nidzam puji semangat pemain Perlis

BIARPUN aksi penyudah penyerangnya masih `kurang tajam', namun aksi bersemangat ditunjukkan tetap mengundang rasa puas hati jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzha Yusof ketika mereka mengukir kejayaan menewaskan Pulau Pinang pada kempen Liga Super di Kangar semalam.

Memang diakui jentera serangan yang dipikul barisan muda ini masih kurang menyengat melakukan penyudahan tapi saya cukup puas hati dengan semangat dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan sehingga merealisasikan impian mencipta kemenangan, katanya.

Perlis menang 2-0 dalam perlawanan itu dengan gol pertama dihasilkan menerusi tandukan Wan Mohd Shukri Wan Ahmad pada minit ke-26 diikuti gol hasil sepakan penalti, Ahmad Fakri Saraani pada minit ke-77.

Kejayaan itu membolehkan Perlis naik setangga ke tempat ketiga di belakang Selangor yang tewas 4-0 kepada Terengganu, yang menghuni tangga kedua.

Selepas menyaksikan perlawanan tadi dan sebelumnya, kemungkinan faktor muda dan kurang pengalaman menyaksikan Mohd Azrul (Ahmad), Wan Mohd Shukri, Ahmad Fakri (gambar) dan Mohd Syazwan (Zainol), memberi kesan kepada penyudah mereka, katanya.

Begitupun, Nidzam memuji aksi bekas pemain skuad pelapis, Wan Mohd Shukri yang pertama kali diturunkan pada kempen Liga Super, kerana menunjukkan persembahan meyakinkan selain berjaya menyumbang gol pertama pasukan kelmarin.

Saya berharap dengan pendedahan pertama ini, Wan Mohd Shukri mampu meningkatkan persembahannya dan paling penting akan lebih bersemangat apabila diturunkan pada perlawanan selepas ini," katanya.

-- Berita Harian

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Nidzam puji semangat pemain Perlis"

Powered by Blogger