Selangor belasah Johor 6-0


IBARAT gergasi terluka, Selangor pantas melupakan igauan ngeri tewas kepada Terengganu Sabtu lalu dengan membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan tersebut cukup penting bagi memastikan Selangor kekal menghuni tangga teratas Liga Super dengan 15 mata selepas berakhirnya enam perlawanan.

Pemain Johor turun dengan memakai lilitan putih di lengan kiri manakala pegawai pasukan di bangku simpanan memakai songkok tanda berkabung selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Jumaat lalu.

Anak-anak buah K Devan pula turun penuh bersemangat sebagai menghargai kira-kira 5,000 penyokong mereka yang masih setia hadir ke stadium apabila selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Selangor hanya memerlukan lima minit untuk memperolehi gol pertama apabila Amirulhadi Zainal bijak melambung bola melepasi penjaga gol Johor, Amron Jaihan selepas menerima hantaran Nasriq Baharom.

Johor memiliki peluang menyamakan kedudu- kan pada minit ke-25 apabila kesilapan Razman Roslan dihukum Fahian Roslan tetapi percubaannya terkena tiang selepas melepasi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Pada minit ke-31, Selangor berjaya memper- oleh gol kedua selepas percubaan kemas Safee dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Amron. Sebelas minit kemudian Safee sekali lagi cemerlang dengan menjaringkan gol ketiga Selangor menerusi rembatan kaki kiri menarik dari luar kotak penalti selepas menerima loro- ngan Amirulhadi.

Pada separuh masa kedua, Selangor langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap Johor apabila menambah gol keempat pada minit ke-52 menerusi rembatan Razman dari dalam kotak penalti.

Amirulhadi menghadiahkan gol kelima Selangor dan gol kedua peribadinya pada minit ke-84 sebelum Safiq Rahim menjaringkan gol keenam selepas sepakan percumanya terus menerjah jaring empat minit kemudian.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Terengganu 2-1.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula menyaksikan ruan rumah, Kuala Lumpur diikat 1-1 oleh Pahang.

Di Stadium Perak, Ipoh turut menyaksikan Perak seri 0-0 dengan Kelantan manakala Pulau Pinang pula tumpas 0-3 kepada Kedah di Stadium Negeri Batu Kawan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula menyaksikan T-Team menewaskan Perlis 1-0.

-- Kosmo

Prestasi Halim Napi kurang meyakinkan

PELUANG kembali beraksi dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Johor FC malam kelmarin, bukan jaminan penjaga gawang veteran Kelantan, Halim Napi, akan kekal pada kedudukan itu.

Ini kerana, prestasinya ketika menyahut peluang yang diberikan itu, dilihat masih kurang memberangsangkan apabila gawangnya turut dibolosi lawan.

Mengakui keadaan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, berkata keringat Halim hanya akan ditagih mengikut strategi serta kesesuaian pasukan ketika menentang lawan tertentu.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa penjaga gol utama masih lagi Syed Adney Syed Husain (gambar) , manakala Halim setakat ini diletakkan sebagai penjaga gol ketiga.

"Kemasukan Halim bukan bermakna kami mengetepikan Syed Adney, cuma dia direhatkan bagi memulihkan semangatnya akibat kekalahan ketika menentang Kedah Selasa lalu.

"Malah, penjaga gol kedua juga akan digunakan khidmatnya nanti. Ketika ini, Kelantan mempunyai pemain yang mampu memenuhi keperluan posisi tertentu tanpa menjejaskan prestasi pasukan," katanya.

Awal musim ini, Halim dilantik sebagai pembantu jurulatih penjaga gol Kelantan, sebelum diberi peluang kembali beraksi dalam saingan ekoran aksi kurang meyakinkan Syed Adney.

Annuar berkata, khidmat pemain simpanan Kelantan juga akan digunakan sepanjang musim ini, bagi membolehkan mereka membuktikan mampu menyumbang kepada kejayaan kepada Red Warriors.

"Kalau tidak nanti, pemain simpanan akan terus menjadi simpanan sepanjang masa dan tidak dapat menunjukkan bakat mereka. Saya akan pastikan semua pemain mempunyai peluang, tanpa menjejaskan prestasi pasukan," katanya.

Jurulatih Kelantan, B Sathiananthan, juga tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Halim ketika aksi menentang Johor FC.

-- Berita Harian

Irfan tak jangka Terengganu akan belasah Selangor

KEKEBALAN benteng pertahanan Terengganu menjadi faktor utama, tuan rumah mampu meranapkan rekod bersih pendahulu Liga Super, Selangor dengan kemenangan besar 4-0 di Kuala Terengganu, kelmarin.

Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, benteng yang diterajui ketua pasukan, Marzuki Yusof, Helmi Remli, Ronny Harun dan Mohd Muhaimin Omar berjaya menyerap asakan lawan dengan baik sehingga penyerang skuad Merah Kuning sukar mencari ruang.

Selain itu, katanya, pemain-pemain lain turut bijak mengambil peluang khususnya jentera penggempur sehingga berjaya menekan lawan.

Pemain saya mempamerkan mutu persembahan hebat sehingga lawan terpaksa berputih mata.

Saya sedikit pun tidak menduga kami mampu menjaringkan empat gol kerana Selangor mempunyai ramai pemain berpengalaman.

Namun penyerang kami, Manaf Mamat bertindak bijak menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 untuk menaikkan semangat juang rakan sepasukan sebelum sepakan penalti Ashaari Shamsuddin menyebabkan lawan hilang punca dan barisan pertahanan mereka mula goyah," katanya.

Sementara itu, jurulatih Selangor, K Devan berkata penyerangnya yang diketuai Mohd Safee Sali, Mohd Amri Yahyah, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Hardi Jaafar gagal memikul tugas dengan berkesan dalam melakukan percubaan ke gawang tuan rumah.

Barisan pertahanan saya juga gagal beraksi cemerlang sehingga tuan rumah mudah membolosi dan menjaringkan gol, katanya.

-- Berita Harian

Nidzam puji semangat pemain Perlis

BIARPUN aksi penyudah penyerangnya masih `kurang tajam', namun aksi bersemangat ditunjukkan tetap mengundang rasa puas hati jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzha Yusof ketika mereka mengukir kejayaan menewaskan Pulau Pinang pada kempen Liga Super di Kangar semalam.

Memang diakui jentera serangan yang dipikul barisan muda ini masih kurang menyengat melakukan penyudahan tapi saya cukup puas hati dengan semangat dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan sehingga merealisasikan impian mencipta kemenangan, katanya.

Perlis menang 2-0 dalam perlawanan itu dengan gol pertama dihasilkan menerusi tandukan Wan Mohd Shukri Wan Ahmad pada minit ke-26 diikuti gol hasil sepakan penalti, Ahmad Fakri Saraani pada minit ke-77.

Kejayaan itu membolehkan Perlis naik setangga ke tempat ketiga di belakang Selangor yang tewas 4-0 kepada Terengganu, yang menghuni tangga kedua.

Selepas menyaksikan perlawanan tadi dan sebelumnya, kemungkinan faktor muda dan kurang pengalaman menyaksikan Mohd Azrul (Ahmad), Wan Mohd Shukri, Ahmad Fakri (gambar) dan Mohd Syazwan (Zainol), memberi kesan kepada penyudah mereka, katanya.

Begitupun, Nidzam memuji aksi bekas pemain skuad pelapis, Wan Mohd Shukri yang pertama kali diturunkan pada kempen Liga Super, kerana menunjukkan persembahan meyakinkan selain berjaya menyumbang gol pertama pasukan kelmarin.

Saya berharap dengan pendedahan pertama ini, Wan Mohd Shukri mampu meningkatkan persembahannya dan paling penting akan lebih bersemangat apabila diturunkan pada perlawanan selepas ini," katanya.

-- Berita Harian

Penjaring Terbanyak Liga Super 2010

Senarai Penjaring Gol Liga Super 2010

5 Gol

R Surendren (Selangor), Mohd Ashaari Shamsuddin (Terengganu).

4 Gol

Azlan Ismail (Kedah)

3 Gol

Mohd Safee Sali (Selangor), Mohd Shahrizan Salleh (Pahang), Mohd Failee Mohd Ghazali (Pulau Pinang) Manaf Mamat (Terengganu).

2 Gol

Mohd Firdaus Faudzi, Joseph Kallang Tie (Terengganu), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Mohd Firdaus Azizul (N.Sembilan), Mohd Azrul Ahmad (Perlis), Razali Umar Kandasamy (Perak), Mohd Riduwan M'aon (Johor FC), Mohd Haris Safwan (T-Team), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan).

* Senarai Penuh Penjaring Gol Liga Super 2010

Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2010

Senarai Penjaring Gol Liga Perdana 2010

6 Gol

Fatrurazi Rozi (Kedah), Mohamad Zamri Hassan (PKNS)

5 Gol

-

4 Gol

V Saravanan (ATM)

2 Gol

Rosli Azizan (MP Muar), Wan Hosnie Wan Hussain (PKNS), Zamri Morshidi (Sarawak), Mohamad Baser (USM FC), Mohd Hanifuddin (Pos Malaysia), Zulindra Shahputra Adam (Melaka), K Depan Sakwati (Melaka), Abdul Ghani Abdul Rahman (Felda United), Haziq Zikri Elias (Harimau Muda), Wan Zack Haikal (Harimau Muda)

*Senarai Penuh Penjaring Gol Liga Perdana 2010

Kelantan pulih reputasi 'tercalar', belasah Johor FC 4-1

BARISAN Red Warriors bangkit membuktikan pasukan itu perlu dihormati apabila bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada Kedah Selasa lalu dengan menewaskan Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi.

Kemenangan berkenaan membolehkan Kelantan kembali ke kelompok empat pasukan teratas selepas jatuh ke tangga ketujuh sebelum ini ekoran kekalahan di tempat sendiri, Selasa lalu.

Norshahrul Idlan Talaha membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-18 namun ia tidak kekal lama apabila Mohd Riduwan Moin menjaringkan gol penyamaan untuk pelawata mengikat kedudukan 1-1 sehingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan menjaringkan tiga gol melalui Azizi Mat Rose (m-46), Indra Putra Mahayuddin (m-50) dan Norfarhan Mohammad pada minit ke-72.

Kelantan berada di tangga keempat liga dengan lapan mata, empat mata ketinggalan kepada pasukan teratas, Selangor yang tewas kepada Terengganu 0-4 di Kuala Terengganu.

Kemangkatan Sultan Johor: 3 perlawanan Liga Super ditunda

TIGA perlawanan Liga Super yang sepatutnya berlangsung malam tadi dan Selasa ini telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditentukan, berikutan kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, kelmarin.

Dua perlawanan terbabit melibatkan perlawanan Johor menentang T-Team yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Johor Baharu dan Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Kedua-dua perlawanan terbabit sepatutnya berlangsung malam tadi, manakala satu lagi perlawanan melibatkan Johor FC menentang KL Plus di Stadium JCorp, Pasir Gudang yang dijadualkan pada Selasa depan.

Berikutan kemangkatan Sultan Iskandar, Johor berkabung selama tujuh hari manakala Pahang selama tiga hari.

Penangguhan ketiga-tiga perlawanan itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.

“Tarikh baru perlawanan-perlawanan itu akan ditentukan kemudian,” katanya dipetik portal Bernama.

Kedah tamatkan badi di Alor Setar, bangkit ikat Perak

SELEPAS gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi Liga Super di gelanggang sendiri, Kedah akhirnya berjaya memungut mata pertama di Stadium Darul Aman selepas bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mengikat Perak 1-1, malam tadi.

Dalam aksi terdahulu di Alor Setar, Kedah tewas 0-1 kepada Perlis dan sekali lagi tumpas di tangan 0-1 di tangan Johor FC pada perlawanan kedua.

Bagaimana pun skuad Hijau Kuning itu beraksi cemerlang apabila bertandang ke gelanggang lawan, membenam Johor 3-0 pada aksi pembuka musim sebelum mengecewakan Kelantan 1-0 di Kota Bharu, Selasa lepas.

Pada aksi malam tadi, skuad Kenari terlebih dahulu ketinggalan kepada pasukan pelawat menerusi jaringan Razali Umar Kandasamy pada minit ke-45.

Namun jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-71 menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah daripada menerima aib buat kali ketiga berturut-turut di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan seri itu membolehkan Kedah kekal di tangga kelima liga dengan tujuh mata, satu mata di belakang Kelantan yang mengutip lapan mata selepas menewaskan Johor FC 4-1 di Kota Bharu.

Portal 'Berita Liga Malaysia' mengalami gangguan database

Assalamualaikum wbt..

Pihak Admin Portal Berita Liga Malaysia di URL rasmi http://liga-m.sokernet.com memohon maaf kepada para pengunjung kerana sejak malam tadi portal ini mengalami gangguan pada database dan sehingga kini masalah ini masih berlaku.

Semua artikel dan berita tidak hilang, kecuali hanya tidak disenarai pada mana-mana kategori secara spesifik. Apa yang berlaku ialah semua berita berada dalam kategori umum.

Sebagai contoh berita berikut "Gergasi Merah rebah di kaki Penyu" url atau link asal ialah "http://liga-m.sokernet.com/liga-super/terengganu-4-0-selangor-gergasi-rebah-di-kaki-penyu.html namun gangguan berlaku menyebabkan berita berkenaan hanya dapat dipaparkan di url umum iaitu:

"http://liga-m.sokernet.com/umum/terengganu-4-0-selangor-gergasi-rebah-di-kaki-penyu.html

Setakat ini tidak dapat dipastikan punca gangguan yang berlaku. Sebagai alternatif pihak admin mewujudkan blog alternatif Liga Malaysia di link berikut: http://blogliga-m.blogspot.com/

Mohon maaf sekali lagi dan terima kasih atas sokongan semua.

Terengganu runtuhkan kekebalan Selangor

TERENGGANU menjadi pasukan pertama memusnahkan rekod cemerlang Selangor dalam saingan Liga Super musim ini.

Ia berlaku di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam yang menyaksikan pasukan yang mendapat jolokan Gergasi Pantai Timur itu membenam Selangor 4-0.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu tidak menunggu lama apabila penyerang Abdul Manaf Mamat membuka tirai jaringan seawal minit kesepuluh.

Selangor yang dilihat terdesak mencari gol penyamaan terpaksa akur apabila Terengganu dihadiahkan sepakan penalti dan Ashari Shamsudin mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk selesa mendahului 2-0 pada minit ke-33.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor dilihat melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu untuk mencari gol pertama mereka.

Namun, kelalaian tonggak pertahanan Selangor telah memberi peluang kepada pemain Terengganu, Joseph Kalang Tee menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-75 sebelum Ashari sekali lagi menyumpurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-92 bagi melengkapkan malam gemilang Terengganu dengan kemenangan 4-0.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, KL Plus gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila hanya sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, pasukan tuan rumah, Perlis berjaya menceriakan penyokong mereka apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan pelawat, Perak, berjaya mencuri satu mata selepas mengikat Kedah dengan 1-1.

-- Kosmo

Selangor tumbang di Terengganu, rekod tanpa kalah lebur

TERENGGANU meleburkan rekod tanpa kalah Selangor dalam empat perlawanan, apabila berpesta gol dengan jaringan 4-0, sekali gus merapatkan perbezaan mata dengan juara bertahan Liga Super itu, semalam.

Skuad Penyu memperoleh jaringan menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-10, dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ashaari Shamsuddin (minit ke-33 dan ke-90), serta Joseph Kallang Tie (minit ke-78) pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua penalti diperoleh tuan rumah setelah penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad menjatuhkan Manaf dalam kotak penalti, disusuli kesilapan Nasriq Baharom yang tertampan bola dengan tangan pada masa kecederaan, babak kedua.

Namun, skuad Merah Kuning yang sebelum ini memenangi empat perlawanan berturut-turut, kekal menerajui liga dengan 12 mata.

Terengganu di tangga kedua dengan 11 mata.

Perlis pula melonjak ke tangga ketiga liga, setelah menumpaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Tiga mata penuh skuad utara tanah air itu dijelmakan menerusi jaringan Wan Mohd. Shukri dan sepakan penalti Ahmad Fakri Saarani, masing-masing pada minit ke-25 dan ke-73.

Kelantan turut memperbaiki kedudukan untuk mengekori rapat skuad Singa Utara, apabila membelasah Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Skuad B. Sathianathan memperoleh gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha, Azizi Mat Rose, Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad.

Johor FC, bagaimanapun sempat menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi Riduwan Moin.

Kedah pula seharusnya berterima kasih kepada Baddrol Bakhtiar yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71 perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk seri 1-1 dengan Perak.

Pasukan Seladang mendahului pasukan tuan rumah hasil jaringan Razali Umar Kandasamy pada minit ke-45.

Pertemuan pasukan jiran, KL PLUS dengan Kuala Lumpur di Stadium Petaling Jaya, pula menyaksikan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Sementara itu, dua lagi perlawanan yang sepatutnya berlangsung semalam ditunda, berikutan kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, kelmarin.

Ia melibatkan perlawanan Johor menentang T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Johor Baharu dan Pahang menentang Negeri Sembilan, di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

-- Utusan Malaysia

*RALAT: Terdapat kesilapan fakta dalam laporan Utusan Malaysia di atas (yang di'bold'). Pemain Selangor yang tertampan bola dengan tangan pada masa kecederaan adalah Asraruddin Putra Omar dan bukannya Nasriq Baharom seperti dinyatakan dalam laporan ini. - Admin

Terengganu menang bergaya, lebur rekod tanpa kalah Selangor

KELEBIHAN beraksi di halaman sendiri tidak disia-siakan Terengganu untuk mencalar rekod megah tanpa kalah pendahulu takhta Liga Super, Selangor apabila membelasah pelawat itu 4-0 ketika pasukan jiran mereka, Kelantan turut ceria mencatat kemenangan besar menewaskan Johor FC, 4-1 di KOTA BHARU, malam tadi.

Terengganu meraih dua gol pada babak pertama perlawanan dalam pertembungan menarik dua pasukan teratas liga itu yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Manaf Mamat meledakkan gol pertama buat Terengganu pada minit ke-10 selepas bijak menyempurnakan peluang dengan menewaskan dua pertahanan Selangor, P Gunalan dan Khairul Anuar Baharom sebelum rembatan kencangnya gagal ditangkap penjaga gol Selangor, Hasmani Ahmad.

 Gol kedua tuan rumah hadir minit ke-32 hasil sepakan penalti apabila Hasmani menjatuhkan Manaf di kotak penalti dan Ashaari Shamsuddin tenang menyempurnakan sepakan untuk Terengganu mendahului 2-0 sehingga berakhir babak pertama.

Pada minit ke-78, Terengganu menambah derita barisan didik K Devan selepas Joseph Kalang menjaringkan gol selepas menerima hantaran cantik Manaf manakala gol keempat hadir hasil sepakan penalti Ashaari selepas Khairol terpegang bola di kotak penalti.

Di Stadium Sultan Mohamad IV, gol kemenangan Kelantan hadir seawal minit ke-18 menerusi jaringan Nor Shahrul Idlan Talaha diikuti jaringan Azizi Mat Rose minit ke-46, Indra Putra Mahayuddin (m-50) dan Mohd Farhan (m-72) manakala gol sagu hati Johor FC disumbang Mohd Riduan Moin, minit ke-21.

Di Stadium Darulaman, Kedah terpaksa berpuas hati untuk sekadar seri 1-1 dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain pada baki 49 minit perlawanan dengan Razali Omar Kandasami terlebih dulu menjaringkan gol untuk pelawat.

Keputusan lain menyaksikan Perlis mengatasi Pulau Pinang 2-0 dan KL Plus seri 0-0 menentang Kuala Lumpur manakala dua perlawanan membabitkan Johor menentang T-Team dan Pahang melawan Negeri Sembilan ditunda berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

-- Berita Harian

Powered by Blogger