Kedah tamatkan badi di Alor Setar, bangkit ikat Perak

SELEPAS gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi Liga Super di gelanggang sendiri, Kedah akhirnya berjaya memungut mata pertama di Stadium Darul Aman selepas bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mengikat Perak 1-1, malam tadi.

Dalam aksi terdahulu di Alor Setar, Kedah tewas 0-1 kepada Perlis dan sekali lagi tumpas di tangan 0-1 di tangan Johor FC pada perlawanan kedua.

Bagaimana pun skuad Hijau Kuning itu beraksi cemerlang apabila bertandang ke gelanggang lawan, membenam Johor 3-0 pada aksi pembuka musim sebelum mengecewakan Kelantan 1-0 di Kota Bharu, Selasa lepas.

Pada aksi malam tadi, skuad Kenari terlebih dahulu ketinggalan kepada pasukan pelawat menerusi jaringan Razali Umar Kandasamy pada minit ke-45.

Namun jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-71 menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah daripada menerima aib buat kali ketiga berturut-turut di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan seri itu membolehkan Kedah kekal di tangga kelima liga dengan tujuh mata, satu mata di belakang Kelantan yang mengutip lapan mata selepas menewaskan Johor FC 4-1 di Kota Bharu.

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Kedah tamatkan badi di Alor Setar, bangkit ikat Perak"

Powered by Blogger